Saturday, 13 July 2013

PACK COMBO PUASA

PACK COMBO PUASA!!!!!


ESP Dan Meal Shakes..

Memang terbaik!!!Ambil segelas suam pada waktu sahur untuk memberikan tenaga berpanjangan terutama buat mereka yang sibuk, ibu hamil dan ibu menyusukan..dan segelas sejuk pada waktu berbuka..ia sangat melegakan, dapat menghidratkan semula tenaga yang telah hampir kehabisan di sepanjang hari..

Jom Cuba..Harga terbaik menanti anda..


ESP
=====
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


MEALSHAKES

==========
Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:
Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.
Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.
Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
Kanak-kanak
Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.



DAPATKAN PRODUK HOT SEKARANG
-----------------------------------------------
Boleh hubungi saya utk info lanjut. HARGA MENARIK menanti anda..

~ SMS: 012-9466025

~ hanieynizam_rara@yahoo.com
~Shaklee ID: 920423

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, 5 June 2013

Set 3M Yang Sangat Popular


SET 3M The Best MilkBooster

Rata-rata ibu semua dah tahu kebaikan set 3M Shaklee, khasiat set 3M Shaklee, kelebihan set 3M Shaklee.  Rata-rata memberikan respon yang sangat memberangsangkan.  Rata-rata gembira sangat dengan kesan positif amalan set 3M Shaklee ini.  Khasiat Set 3M Shaklee ini tidak boleh disangkal lagi. 


  1. Memberikan tenaga berpanjangan.
  2. Memberikan kulit halus dan gebu (baik kepada bayi mahupun ibu)
  3. Memekatkan susu (mengkualitikan susu >> bayi tak lama bergayut)
  4. Memberikan kulit cantik, menghilangkan parut, mencegah jerawat.
  5. Mengetatkan ‘miss v’ ibu-ibu.
  6. Menghilangkan keputihan.
  7. Menguatkan rambut.
  8. Mencegah payudara ‘jatuh’.
  9. Meningkatkan fungsi saraf termasuk saraf otak.
  10. Mengurangkan sinus/alergi.
  11. Menguatkan sistem imun ibu dan juga bayi. (tidak mudah demam, batuk dan selsema, walaupun semasa musim tersebut)


SET MENYUSU 3M



Apa kepentingan setiap supplemen ini pula?

Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C 
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.


Kalsium@ Ostematrix : 
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Berminat mahu mencuba?
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA!!
>Shaklee Independent Distributor [ ID No : 920423 ]
>Contact No | WhatsApp :012-9466025
>Emel : hanieynizam_rara@yahoo.com





Chewable Vita-C

Chewable Vita-C™ 100 mg






Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan 
pil.


Keistimewaan Chewable Vita C


Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas juga


Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:

Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Berminat mahu mencuba?
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA!!
>Shaklee Independent Distributor [ ID No : 920423 ]
>Contact No | WhatsApp :012-9466025
>Emel : hanieynizam_rara@yahoo.com
>Laman web: mummyrara.blogspot.com




Saturday, 18 May 2013

Pentingnya Air

AIR DAN KELEBIHANNYA




Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.

Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.

Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.

Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.

Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.

Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.

Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.

Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.






Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA!!
>Shaklee Independent Distributor [ ID No : 920423 ] 
>Contact No | WhatsApp :012-9466025 
>Emel : hanieynizam_rara@yahoo.com 
>Laman web: mummyrara.blogspot.com




Tuesday, 14 May 2013

GERAM APABILA ANAK MERAGAM.. TIPS

PANDUAN MENGHADAPI ANAK MERAGAM





Bersama mengetahui panduan menghadapi anak yang meragam ini.

Anak mengamuk atau meragam di tempat umum mungkin akan membuat anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit dengan sekuat hati dan berguling-guling di lantai tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Apa yang dia tahu, kehendaknya mesti dipenuhi. Akibatnya, segelintir ibu bapa sengaja memilih untuk ‘beralah’ dengan anak, yang penting dia tidak lagi menjerit. Hakikatnya, jalan mudah ini salah. Jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang bersikap begini.

Kenapa Mengamuk
Situasi mengamuk atau meragam memang biasa dialami oleh ibu bapa. Ini kerana mengamuk adalah cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati dan cara untuk mereka mendapatkan sesuatu dan bila mendengar perkataan ‘jangan’. Ada juga meragam kerana mereka ingin perhatian, penat, lapar atau merasa tidak selesa. Semua ini diluahkan dengan cara meragam. Cuma sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak meragam.

Sebenarnya kanak-kanak yang mahu membesar dengan bebas (independent) jika dihalang oleh ibu bapa, akan berpotensi untuk mengamuk. Sebagai contoh, jika anak hendak membuka penutup botol, anda cepat membantunya, mereka mungkin akan kecewa dan mengamuk dengan tindakan kita itu. Begitu juga permainan yang diidamkannya. Pastinya dia akan menjerit dan tidak mahu meninggalkan kedai sehingga kehendaknya dituruti.

Menurut Dr Brenna E Lorenz, peneliti dari University of Guam, kita perlu memahami mengapa anak mengamuk. Dia mengamuk kerana dorongan rasa marah dalam dirinya. Kemudian kemarahan ini akan menjadi rasa takut. Misalnya, “Kalau saya tidak mendapat mainan ini sekarang, sampai bila pun ayah tidak akan belikan pada saya.” Rasa takut ini kemudian digantikan dengan rasa sedih kerana merasa dia tidak mendapat apa yang diinginkan. Itu sebab itu dia menunjukkan perilaku yang tidak menyenangkan seperti menjerit dengan kuat dan menangis.

Semua ini berlaku disebabkan perkembangan anak itu sendiri. Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.

Panduan Hadapi Anak Mengamuk

1. Alih perhatian dia.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya.
Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. Elak daripada memarahi atau menjerit
Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan
Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5. Apabila anak berhenti mengamuk
Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.

Wednesday, 1 May 2013

Simtom Keputihan Dan Cara Rawatan.


SIMPTOM KEPUTIHAN WANITA....BAGAIMANA NAK TAHU...

Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan it...u :
...

1-Simptom 1-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina-Penyebabnya ialah kulat Candida sp-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli

2-Simptom 2- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin

3-Simptom 3-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.

Berikut ialah beberapa PETUA MUDAH yang boleh dilakukan di rumah untuk merawat masalah KEPUTIHAN:


(1) Pakai seluar dalam dari jenis kapas (cotton), untuk pastikan vagina sentiasa kering.

(2) Amalkan Ginseng, samada Ginseng yang asli ataupun ekstrak kapsul 200 mg, 3 kali sehari. Ginseng dipercayai dapat memperbaiki sistem imun dan menyeimbangkan hormon.

(3) Mandi di dalam rendaman air suam yang dicampur cuka buah epal selama 20 minit sehari.

(4) Tambahkan Tree Tea Oil ke dalam mandian cuka buah epal (no. 3 di atas), untuk hasil yang lebih mantap! Minyak Tree Oil terkenal sebagai melawan bakteria jahat.

(5) Ambil ALFALFA, yang terkenal untuk meregulasikan hormon, dan merawat masalah KEPUTIHAN. Boleh makan daun Alfalfa yang segar, mahupun yang kering.

(6) Makan kacang badam hitam. Juglone, sejenis kompaun di dalam badam hitam boleh melawan bakteria dan terkenal boleh menyahbau hanyir yang disebabkan oleh KEPUTIHAN.

(7) Makan Yogurt, yang kaya dengan probiotik. Sangat efektif untuk menyeimbangkan semula pertumbuhan bakteria di dalam vagina. Berita baik buat peminat Yogurt!

Di Shaklee, sememangnya kami ada jawapan kepada masalah KEPUTIHAN anda! Apa lagi kalau bukan our killing product - SHAKLEE ALFALFA COMPLEX.

Saya sendiri mengamalkan Alfalfa dan mendapati ianya mmg baik untuk merawat keputihan. Malah membantu memberi kepuasan di dalam hubungan suami isteri. Tak caya?? Cuba la sendiri!





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA!!
>Shaklee Independent Distributor [ ID No : 920423 ] 
>Contact No | WhatsApp :012-9466025 
>Emel : hanieynizam_rara@yahoo.com 
>Laman web: mummyrara.blogspot.com





Saturday, 27 April 2013

Pilihan Hati....



Lamenya mummy x berblog... blog pon dh berhabuk dh.. huhuhu, bukan xnk berblog tp keadaan x mengizinkan.. insyaAllah lepas ni mummy akan selalu update k...sekarang nie nk cite hobi baru mummy.... mummy mmg tgh jatuh cinta dengan menjahit nie.. bru ni dh belajar buat baju kurung sendiri punyer... boleh la untuk beginner mcm mummy nie, tp skrang mummy x thu nk buat pilihan mesin jahit mne patut beli... mummy berkenan dengan mesin jahit jenis Brother...Jom cuci mate gmbar mesin jahit jenis Brother...



Brother LS2160




 Brother LX2630
 

Brother GS2700







Brother Nv50


Banyak pilihan kan, yang murah ada yang mahal pun ade... jd terserah nk buat pilihan... ape2 kne servey2 lg ni...