Thursday 19 September 2013

Bahaya Air Untuk Bayi

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN




Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.


  • Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan 


kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat 

diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan 

kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian 

mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan 

kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

  • Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam 

darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan 

lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ 

iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.


  • Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan
tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi 

dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. 

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan 

mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.


  • Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 

minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan 

mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini

 dipanggil ‘Oral Water intoxication’.Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa 

perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. 

Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan 

mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri 

bayi anda susu ibu sekerapnya







* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


>Shaklee Independent Distributor [ ID No : 920423 ]
>Contact No | WhatsApp :012-9466025
>Emel : hanieynizam_rara@yahoo.com