Saturday 18 May 2013

Pentingnya Air

AIR DAN KELEBIHANNYA




Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.

Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.

Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.

Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.

Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.

Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.

Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.

Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.






Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA!!
>Shaklee Independent Distributor [ ID No : 920423 ] 
>Contact No | WhatsApp :012-9466025 
>Emel : hanieynizam_rara@yahoo.com 
>Laman web: mummyrara.blogspot.com




Tuesday 14 May 2013

GERAM APABILA ANAK MERAGAM.. TIPS

PANDUAN MENGHADAPI ANAK MERAGAM





Bersama mengetahui panduan menghadapi anak yang meragam ini.

Anak mengamuk atau meragam di tempat umum mungkin akan membuat anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit dengan sekuat hati dan berguling-guling di lantai tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Apa yang dia tahu, kehendaknya mesti dipenuhi. Akibatnya, segelintir ibu bapa sengaja memilih untuk ‘beralah’ dengan anak, yang penting dia tidak lagi menjerit. Hakikatnya, jalan mudah ini salah. Jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang bersikap begini.

Kenapa Mengamuk
Situasi mengamuk atau meragam memang biasa dialami oleh ibu bapa. Ini kerana mengamuk adalah cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati dan cara untuk mereka mendapatkan sesuatu dan bila mendengar perkataan ‘jangan’. Ada juga meragam kerana mereka ingin perhatian, penat, lapar atau merasa tidak selesa. Semua ini diluahkan dengan cara meragam. Cuma sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak meragam.

Sebenarnya kanak-kanak yang mahu membesar dengan bebas (independent) jika dihalang oleh ibu bapa, akan berpotensi untuk mengamuk. Sebagai contoh, jika anak hendak membuka penutup botol, anda cepat membantunya, mereka mungkin akan kecewa dan mengamuk dengan tindakan kita itu. Begitu juga permainan yang diidamkannya. Pastinya dia akan menjerit dan tidak mahu meninggalkan kedai sehingga kehendaknya dituruti.

Menurut Dr Brenna E Lorenz, peneliti dari University of Guam, kita perlu memahami mengapa anak mengamuk. Dia mengamuk kerana dorongan rasa marah dalam dirinya. Kemudian kemarahan ini akan menjadi rasa takut. Misalnya, “Kalau saya tidak mendapat mainan ini sekarang, sampai bila pun ayah tidak akan belikan pada saya.” Rasa takut ini kemudian digantikan dengan rasa sedih kerana merasa dia tidak mendapat apa yang diinginkan. Itu sebab itu dia menunjukkan perilaku yang tidak menyenangkan seperti menjerit dengan kuat dan menangis.

Semua ini berlaku disebabkan perkembangan anak itu sendiri. Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.

Panduan Hadapi Anak Mengamuk

1. Alih perhatian dia.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya.
Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. Elak daripada memarahi atau menjerit
Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan
Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5. Apabila anak berhenti mengamuk
Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.

Wednesday 1 May 2013

Simtom Keputihan Dan Cara Rawatan.


SIMPTOM KEPUTIHAN WANITA....BAGAIMANA NAK TAHU...

Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan it...u :
...

1-Simptom 1-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina-Penyebabnya ialah kulat Candida sp-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli

2-Simptom 2- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin

3-Simptom 3-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.

Berikut ialah beberapa PETUA MUDAH yang boleh dilakukan di rumah untuk merawat masalah KEPUTIHAN:


(1) Pakai seluar dalam dari jenis kapas (cotton), untuk pastikan vagina sentiasa kering.

(2) Amalkan Ginseng, samada Ginseng yang asli ataupun ekstrak kapsul 200 mg, 3 kali sehari. Ginseng dipercayai dapat memperbaiki sistem imun dan menyeimbangkan hormon.

(3) Mandi di dalam rendaman air suam yang dicampur cuka buah epal selama 20 minit sehari.

(4) Tambahkan Tree Tea Oil ke dalam mandian cuka buah epal (no. 3 di atas), untuk hasil yang lebih mantap! Minyak Tree Oil terkenal sebagai melawan bakteria jahat.

(5) Ambil ALFALFA, yang terkenal untuk meregulasikan hormon, dan merawat masalah KEPUTIHAN. Boleh makan daun Alfalfa yang segar, mahupun yang kering.

(6) Makan kacang badam hitam. Juglone, sejenis kompaun di dalam badam hitam boleh melawan bakteria dan terkenal boleh menyahbau hanyir yang disebabkan oleh KEPUTIHAN.

(7) Makan Yogurt, yang kaya dengan probiotik. Sangat efektif untuk menyeimbangkan semula pertumbuhan bakteria di dalam vagina. Berita baik buat peminat Yogurt!

Di Shaklee, sememangnya kami ada jawapan kepada masalah KEPUTIHAN anda! Apa lagi kalau bukan our killing product - SHAKLEE ALFALFA COMPLEX.

Saya sendiri mengamalkan Alfalfa dan mendapati ianya mmg baik untuk merawat keputihan. Malah membantu memberi kepuasan di dalam hubungan suami isteri. Tak caya?? Cuba la sendiri!





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA!!
>Shaklee Independent Distributor [ ID No : 920423 ] 
>Contact No | WhatsApp :012-9466025 
>Emel : hanieynizam_rara@yahoo.com 
>Laman web: mummyrara.blogspot.com